KUALA LUMPUR: Rayuan Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella akan didengar pada 12 Okt ini.
Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas berkata tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar pada prosiding pengurusan kes hari ini.
"Bagaimanapun, petisyen rayuan masih belum diterima dan mahkamah menetapkan 14 Sept untuk pengurusan kes selanjutnya," katanya ketika dihubungi.
Peguam Fatin Syaza Irdina Muhamad Eddin Syazri, yang mewakili Siti Bainun, mengesahkan tarikh pendengaran itu.
Pada 23 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.
Siti Bainun, 31, diarah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi, pada 3 Mei lepas, menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Dia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu.
Siti Bainun, yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Tertuduh juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Siti Bainun, 31, diarah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi, pada 3 Mei lepas, menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan
Pendengaran rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down ditangguhkan ke 30 Jan depan.
Siti Bainun alami penurunan berat, tarik perhatian umum
Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu kini merosot kepada 90kg sahaja.
Penjara 12 tahun, rayuan Siti Bainun didengar hari ini
Semakan laman web mahkamah mendapati, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
Kes Rumah Bonda cabar tindakan sita dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Panel tiga hakim mendapati terdapat merit dalam rayuan Rumah Bonda dan mahkamah juga bersetuju permohonan itu akan didengar secara substantif.